Sunday, 14 July 2013
wayang pukul 7 malam memang tidak wajar!!!
Aku suka statement twitter abg pengarah terkenal negara, yang bangkitkan isu waktu tayangan di panggung wayang pada jam 7 malam. Memang aku sokong 100% seharusnya pada waktu tersebut tidak ada langsung tayangan bagi memberi laluan kepada waktu solat maghrib dahulu.
walaupun perkara ini nampak macam kecil jer, tapi aku mula berfikir dan bersetuju serta menyokong habis la tentang perkara ni, thx abg ahmad idham yang dah membuka mata rakyat malaysia yang majoritinya islam dan agama rasminya adalah islam
kalau lah tayangan bermula jam 7 malam, 1 filem pon kurang2 90 minit dan habis pada jam 8 30 malam, memang burn je lah waktu solat nya. kalau sempat sekalipun, berlari lah kamu semua wahai anak anak adam ke surau terdekat(kalau ada surau laaaa),,
bukanlah kata aku ni baik sangat xtggal solat dan perfect everyting, tapi perkara kecil sebegini di lihat sebagai menggalakkan dan tidak memberi laluan kepada penonton untuk menunaikan solat maghrib, walaupun penonton mempunyai pilihan
Pihak pengurusan dan pentadbiran wayang malaysia(kalau adalah) seharusnya berasa takut dengan hukum Tuhan dan cuba mengelakkan perkara2 kecil seperti ini, yang boleh di ubah dengan mudah tanpa perlu persetujuan 2/3 kabinet pun.
apa kata owner/manager/sesiapa yang berkuasa bagi mengatur jadual tayangan ini di beri arahan dan taklimat ringkas oleh pihak kerajaan mahupun orang2 yang lebih berkuasa tentang perkara ini, aku rasa xsusahpn nk ganjakkan sedikit waktu mula nya tayangan sesebuah filem, mungkin boleh di awalkan pada jam 6 petang atau 6 30 ptg(sempat la jgak nk gi solat maghrib dengan tenang), atau pun ganjakkan sedikit waktu ke jam 7 45 malam,(bergantung pada waktu maghrib, aku boleh supply jadual masuknya waktu maghrib di seluruh malaysia dan kawasan sekitar yang sama waktu dengannya)
Banyak lagi perkara2 yang kita terlepas pandang bagi memartabatkan agama rasmi negara kita ini. tidak kira lah anda berbangsa atau agama apa, termaktub agama islam adalah agama rasmi dan kita sama2 hormati antara 1 sama lain k.
Memartabatkan agama islam adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat malaysia
So kesimpulannya pihak berwajib seharusnya memainkan peranan bagi memperbetulkan masalah dan perkara ini bagi menunjukkan bahawa agama rasmi di malaysia ini benar benar islam.
Subscribe to:
Comments (Atom)
