Thursday, 7 February 2013
Black Mentor dah bertunang :)))
Penyanyi popular malaysia masa kini, yang popular dengan lagu teman pengganti baru baru ini telah pun selamat menjadi tunangan orang. tarikh keramat 26 januari 2013 menjadi hari bahagia buat black dan insan tersayang(hari bahagia bertunang ye, bukan kawen) dengar kata cirakhairi namanya, nama betul aku xsempat pulak nk buat research.
boleh tahan comel orangnya aku tgk dari peramatan gambar gambar yang ad di laman sesawang seluruh google. tahniah lah buat black, dan kalau sesape yang ada follow twitter mereka, huaaa bukan main mereka sekarang ni macam sedang di lamun cinta dalam kayangan di negeri surga <3 <3 <3
black, juara rancangan realiti tv3 mentor, di bawah seliaan mas idayu ni bagus orangnya. selalu aku nampak lepak ngan geng geng lama dia kat kawasan pantai dalam dan kerinchi, dah memang asal dia orang situ
harap black xlupe diri lah ye, walau nak ubah gaya hidup tapi xperlu lah sampai nk berlagak sombong bagai, macam sesetengah artis, baru naik sejengkal dua, dah xnak keluar dengan member member lama, kolot katanya.
apa apa pun, tahniah buat black dan tunangnya Cirakhairi
semoga jadi lah naik pelamin dan kekal bersama selamanya.
*naik pelamin nanti jgn lupa beritahu kepada khalayak, ye lah benda baik, xperlu lah nak sorok2 :)))
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))