Tepat jam 11 15 pagi, berlaku 1 kemalangan yang jarang kali terjadi di negara kita. Berita mengenai kapal terbang terhempas dapat di lihat dengan mata kepala rakyat jelata negeri bersejarah ini sendiri.
Kejadian tidak berapa jauh dari bandar melaka, di kawasan Cheng height, yang terletak di tepi lebuh AMJ, melaka ini berlaku ketika jalan raya tersebut agak sibuk dengan kenderaan, memandangkan laluan tersebut merupakan antara laluan utama penduduk di sekitar melaka
kapal terbang tersebut, yang di pandu pelatih di akademi penerbangan malaysia(MFA) yang berpengkalan di batu berendam, tiba tiba terhempas dikatakan akibat kehabisan minyak.
Pelatih tersebut yang berusia 20 tahun, patah kaki dan mengalami beberapa kecederaan lain. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku di tempat kejadian dan tidak melibatkan pengguna jalan raya dan juga penduduk di Cheng Height itu sendiri.
Ramai yang menyaksikan kejadian itu secara live pasti terpinga dan menjadi sesuatu yang tidak akan di lupakan seumur hidup mereka.
*Nasib baik kapal terbang kecil yang terhempas, kalau A380 terhempas sebab xisi minyakkk... sape nak jawab???

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))