Salam 1 malaysia, salam ukhwah, salam perpaduan rakyat Malaysia yang di cintai
Isu hangat yang sedang di perkatakan semua ketika ini, kehadiran penyanyi popular dunia yang aku rasa tidaklah sehebat mana, hanya dengan tarian kuda yang bernasib baik dapat memikat hati seluruh warga planet bumi
PSY yang dijangka hadir untuk sambutan tahun baru cina yang akan datang telah menjadi bahan bualan ramai pihak. Dan lebih teruk lagi, ianya telah di politikkan. orang nak beraya pun susah,, adessss. Bagi aku, tak salah jika PSY nak datang Malaysia tapi apa yang orang malaysia tengah bising sekarang ni adalah berkenaan bayaran yang dikenakan oleh pihak pengurusan PSY gemuk 2 sendiri.
Memang setimpallah kiranya dengan populariti dia sekarang ni, kalau tak cemana dia nak cari makan ye tak?
tak kan nak bayar sama mahal dengan penyanyi suam suam kuku lain pula kn?
Dan yang lebih penting lagi, siapa pula yang sanggup membiayai kos untuk artis artis hot meletop besar seperti dia? mustahil lah untuk individu atau perseorangan untuk membayar kos persembahan artis ini, so maknanya pasti 100% samaada syarikat company yang kaya raya, ataupun guna duit kerajaan, takkan lah kerajaan mana mana negara sekalipun xde duit rm 2 juta nk bayar kn? semiskin miskin negara mana sekalipun, 2 juta xde hal lah.
so, kesimpulannya disini, PSY telah pasti datang ke Malaysia, lebih tepat lagi ke penang untuk menghiburkan rakyat malaysia khususnya kaum cina(sebab CNY kn), xperlu lah di persoalkan. Kesian kuda korea tu nak gak cari makan, kalau sume orang nak mempersoalkan persembahan dia, di mana jua sekali pun, cemana dia nak cari rejeki? hahaha
xkan nk tggu populariti dia jatuh nt, bru dia nak mula buat persembahan di luar,, kn3???
dah dia nak datang tu, enjoy je lah, kalo rase iman kuat, jangan la join mereka, beri ruang kepada yg bukan islam, terutama yang menyambut CNY meraikan tahun baru mereka kali ini dengan lebih bermakna dan meriah. Bukan nak menyokong pembaziran, tapi memang itulah kadar bagi seseorang artis yang sedang miniti populariti di tahap tertinggi mereka, dan rakyat malaysia bertuah jugak la dia pilih nk raya kat sini, hahahaa
tapiiiii, tahun depan xyah la panggil artis besau2 datang sini lagi, kalau jadi tradisi benda ni memang la 1 pembaziran melampau. untul pertama dan yang sekali ini, kita terima dan tak perlu lah nak bising sangat. kalau hal politik, xyah campur kat sini, aku malas nk join politik korang,,, ini pendapat aku, sukahati aku laaa...
*Tahun depan CNY panggil Shila Amzah je, dia reti nyanyi lagu cina, n x join raya cina =)
.jpg)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))