Sunday, 10 February 2013

Happy Lunar New Year 2013

Selamat tahun baru Cina kepada semua kaum Cina di Malaysia khusus nya, dan seluruh dunia juga. Hari ini menandakan masuknya tahun baru mengikut kepercayaan orang orang berbangsa Cina di seluruh dunia.

Tahun ular 2013 telah menyingkap tirai, dan ramai yang mengharapkan tuah bagi diri, keluarga dan semua kenalan mereka, tidak kiralah yang dekat mahupun yang jauh.

Menceritakan pengalaman aku masa kecil dulu, masuk je tahun baru Cina, mesti cuti sekolah dan setiap kali Chinese New Year ni jgak lah, aku akan ikut persembahan tarian naga/singa di kawasan perumahan orang Cina di tempat kelahiran aku

Memang tanpa segan silu, aku dan sepupu serta rakan rakan sepermainan sering kali turut serta semasa persembahan di lakukan di dalam mahupun di luar rumah. Hehee memang seronok, tanpa pengetahuan ibu bapa, aku ikut aje dari pagi sampai ke petang, dari sebuah rumah ke sebuah rumah, seronok agaknya tengok singa menari. Yang paling best, masa tengahari singa ni semua akan berehat, lunch kot, diorang xmakan pun limau yang diorg buat buat makan tuhh.

So, time diorang lunch, aku dengan geng semua pun balik lah rumah untuk menikmati makan tengahari. Dah siap siap makan semua, aku pun sambung lah balik perjalanan ku bersama singa singa tersebut. Dari satu rumah ke rumah yang lain, dan memandangkan rumah tuh kebanyakan rumah flas, so tak perlulah aku bergerak jauh, memang kat situ je la kami bermain. Bila rasa penat, kami berehatlah seketika dan belilah apa apa yang mampu( air, aiskrim pop, jajan dll tapi xde lah sampai makan limau yang dah di 'makan' singa tuh)

Hehe tapi journey tersebut memang penat, menjelang petang je aku memang kompom telelap lah. Itu lah biasanya aku lakukan dahulu. Kadang kadang kalau rajin aku pergi lah untuk 2 hari.

Tapi sekarang ni, semalam aku round round kawasan perumahan tersebut, macam sunyi je, dah xde ke sambutannya?? aku tak de lah pergi bertanya cuma curious je lah, kenapa tiada lagi.

Mungkin aku datang lewat kot, atau mungkin singa dah pandai, nak pergi tempat besar besar je(a.k.a hotel, resort resort mewah, tempat pelancongan), kat sane lebih sikit ang pow diorng, yelah kalau buat 1 tempat lagi masyuk dari 10 tempat, kalau aku pun malas nak buat banyak kali.

Tapi benda ni kan ade tujuan bagi fahaman mereka, makanya aku tak berani lah nak ulas panjang, hehe tapi cam best pun ada tengok singa menari, teringat zaman muda muda dulu :p

Selamat tahun baru cina kepada semua yang menyambutnya


*Singa ramai pergi penang kot, PSY nak buat persembahan esok,,, kikikikiii

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))