Assalamualaikum wbt
Hehehe harini aku suka untuk bercerita sedikit, di samping memberi pendapat dan pandangan aku, personally pendapat aku sendiri mengenai pilihan raya umum.(Pilihan raya kampus dah lepas kan).
bila sebut je pasal pilihanraya, semua dah terbayang bendera BN, ngan bendera pas, sebab itu bendera paling popular kalau nak ikut pilihanraya sebelum sebelum ni. Tahun ni pasti lain sikit, bendera pakatan mesti lagi banyak dari bendera pas, sebab pas pun dah masuk bawah pakatan, cuma aku tak pasti pulak bendera pakatan cemana, hahaa diorang pakai timbang elektronik kot, dacing dah ketinggalan zaman katanya
ok, pilihanraya, ini kali pertama lah bagi diri aku untuk keluar mengundi, biasanya tengok aje orang keluar nak pergi menunaikan kewajipan mereka, tapi diz year aku sendiri akan pergi mengundi. for sure lah aku akan mengundi parti TUTTTTT!!!! maaf undi rahsia, xleh gtaw orang lain.
Tapi tak mengapalah, aku bagi tahu korang rahsia aku k, sehingga setakat ini aku masih belum memutuskan untuk mengundi which party, cewahh speaking sikit2. Herm walaupun 1 undi, tapi aku rasa kertas yang bakal aku pangkah pasti membawa seribu erti, yelah kali pertama nak mengundikan, tyme tengah sengit pulak tuhh
So aku pun kaji punya kaji, baca punya baca, hayati punya hayati, politik sebenarnya sesuatu yang sangat kotor. Frankie speaking(buat buat salah eja), memang aku nampak politik ini sangat sangat kotor, tapi kita semua perlu faham ini semua berlaku dengan sebab dan alasan kukuh mereka. Mereka terpaksa melakukan segalanya bagi memastikan parti mereka dapat meraih undi dan menang, itulah objektif utama pilihanraya diadakan.
Segala janji janji omongan kosong parti politik dilihat sangat melampau, berjanji tak ingat dunia sehinggakan ianya ibarat misi mustahil. Apabila pembangkang cuba meraih undi dengan janji manis bagai bagai, minyak turun terus lah, free education lah, lepas tuhh mngutuk habis habisan kerajaan sedia ada, ibarat jika mereka dapat memegang tampuk kepimpinan negara, segalanya akan sempurna dan Malaysia tercinta akan menjadi sehebat dan setanding negara maju sekelip mata. Setiap manusia ada kelemahan, dan setiap kerajaan melakukan kesilapan, so tak perlulah nak kutuk segala bagai, buat aku menyampah je nak buka aib sana, keji sini, kutuk situ dll.
Dengan demo yang menyusahkan sangat ramai orang, brosss tak perlu lah buat demo tu semua, yang datang dan tentu tentu orang orang parti kau jugak, tak de nye pengundi atas pagar nak join dem haram jadah tengah jalan tuhh, buat orang orang cam aku ni tambah tambah mnyampah aje
Tidak mengapa wahai rakyat jelata sekalian, jika pihak pembangkang ada kekurangan, pihak kerajaan juga tidak terlepas daripada melakukan kejelikan terhadap diri aku Ya aku setuju segala bantuan itu bagus, tapi aku dah rasa macam rasuah secara terbuka lah pula semua benda alah tuhh.. Tapi xpelah, orang dah bagi aku ambil aje lah secara baik,, hehehee duit brooo, sape maw buang. Time time nak pilihanraya lah diorg nak bagi segala macam bantuan, Thx PM Najib, syg lu lebih
Dah bagi bantuan, siap siap nak menunjuk pulak, tahu la kerajaan banyak duit. Kalo korg tgk TV, time time iklan kompom ada iklan pasal bantuan kerajaan, aduyaiii betul betul la sikit, membazir duit aje la buat iklan tuh semua, dah la panjang gedabak iklannya, aku nak tengok trilogi cinta pon terbantot lah :p,,, trilogi cinta bes wooo cite dia.. haha promote2... ok sambung balik---> cukup cukup lah dengan risalah tebal menggunung cerita pasal 1M, abis semua ada 1M, dah macam nama ex aku lah pulak
Ada lagi, belum abis lagi ni,,, Tak cukup dengan benda tuh semua, aku tahu la media semua di kawal dan terkawal, haha tapi kalo bagi kat pembangkang pun sama je cite dia, kompom control juga. Tak payah pergi jauh la, tgk utube je,yang pembangkang kutuk kerajaan, kerajaan kutuk pembangkang, kalau di beri hak penyiaran, dua dua pihak sama aje, nak burukkan lawan, nak cantikkan diri sendiri. Cubalah kalau korang jujur, apa yang pihak lawan dah buat, apa yang salah, apa yang betul, apa yang perlu d upgrade di pertingkatkan semua.
Maknanya disini, kedua dua pihak ada kebaikan dan keburukan, dan sampai sekarang aku masih runsing, bimbang dan pening kepala untuk keuar mengundi buat kali pertama nanti.
Kepada semua parti politik yang akan bertanding, bertindaklah dengan ikhlas, apa yang aku paling menyampah apabila uollsss mengeji dan mengutuk parti lawan, puihhhh geli aku dengar. Bab korang punya manifesto tuh xde hal sangat, asalkan berpada pada dan janji ditepati,, hahahaha
renung renungkan, dan selamat beramal
*Nasib baik tempat aku xde parti bebas, kalau ada xperlu ler aku pening kepala nak pikir benda2 duniawi ni semuaaaa
.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))