Thursday, 7 February 2013
Harimau Malaya tumpas di Qatar
Tuan rumah piala dunia 2022, Qatar semalam berjaya membaham Harimau Malaya, yang datang bertandang ke Doha dalam saingan peringkat kumpulan, kelayakan piala asia 2015.
Harimau Malaya, di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal semalam bertandang ke Doha, dengan kebanyakan pemain utama yang mengisi slot semasa piala AFF suzuki tempoh hari tidak bersama skuad semalam.
Skuad yang di ketuai pertahanan kental negara, aidil zafuan berjaya merantai kelincahan skuad lawan sehingga ke minit 60 perlawanan, sehinggalah sepakan percuma di berikan kepada skuad tuan rumah di luar kotak penalti, selepas mahali jasuli melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.
Tersentak dengan gol lawan, Malaysia cuba bangkit untuk sekurang kurangnya membawa pulang 1 mata. Namun, kehebatan skuad dari timur tengah itu teryata jauh lebih baik berbanding Malaysia. Setiap gerakan pasukan harimau malaya di sekat dengan mudah dan setiap kali skuad malaysia memegang bola, pasti dengan pantas di rampas kembali pihak lawan.
walaubagaimanapun, pujian harus di berikan kepada benteng pasukan negara yang dapat bertahan dengan asakan bertubi tubi pihak lawan, terutama kepada kapten negara dan juga asrarudin putra omar, yang sering kali menyelamatkan keadaan. Pujian juga harus di berikan kepada mahali jasuli, yang bersungguh sungguh dan menunjukkan kualiti permainan yang tinggi, walaupun baru sahaja bertukar posisi ke bahagian midfield tengah bagi pasukan negara.
pada minit minit akhir permainan, di saat skuad harimau malaya hampir berjaya membolosi gawang lawan, pasukan lawan berjaya membuat 1 counter attack, dan merobek gawang malaysia buat kali kedua.
berpuas hati dengan prestasi perlawanan, tetapi tidak berpuas hati dengan persiapan yang di buat seluruh skuad k rajagobal yang dari dahulu menjanjikan skuad ini akan layak ke piala asia 2015.
jika benar benar bersungguh untuk layak ke piala berpristij asia ini kelak, jangan lagi memberi alasan, tapi cari jalan. Cara pemilihan pemain sangat penting, tetapi kini, pemain tidak harus di persalahkan, kerana mereka telah bermain dengan penuh semangat dan sehabis baik, perancangan yang perlu di atur lebih rapi selepas ini.
*Jangan asyik sibuk dengan kelebihan mereka berbadan besar dan tegap, kita pun ada kelebihan, berbadan kecil dan lincah!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi bersama kami :)))